Blogger Template by Blogcrowds

SUNGAI NIL

Sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yang aku kagum sama Mesir,
iaitu Al-azhar dan Sungai Nil.
Kerana tanpa sungai nil tiada Mesir dan tiada Al-azhar.

Aku juga suka Sungai Nil, kalau ngak ada Sungai Nil pasti ngak ada Mesir.
Tak ada peradaban, yang ada hanya gurun pasir.
Kamu percaya jodoh fahri?

Ya setiap orang memiliki jodohnya masing-masing.
Itu yang selalu kamu bilang, aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh.
Senangnya klu kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan tuhan
dari langit.



Dipetik dari filem Ayat-ayat Cinta......

IMTIHAN

Alhamdulillah bersyukur kepada yang maha esa kerana memberi segala nikmatnya kepada hamba yang serba daif ini. Terasa indahnya pengalaman yang tak mungkin dirasai selain di al-azhar mesir,bermula dari pendaftaran pengajian hinggalah keluarnya natijah imtihan, segalanya berlaku dengan caranya yang tersendiri. Semuanya memberikan pengalaman yang berharga buat aku sebagai penuntut ilmu di ardul kinanah ini. Dan yang paling penting keberkatan yang ada padanya. Musim imtihan semakin menghampiri penghujungnya, ada sahabat-sahabat aku yang dh hbis imtihan, tapi aku masih ada 3 madah lagi. Penantian itu suatu penyiksaan...hehe. Tak pa, yg penting saat kemerdekaan itu pasti menjelang tiba. Harapan aku buat sahabat-sahabat sekalian agar sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama di dunia dan akhirat….

Musim cuti yang bakal menjelma perlu dipenuhi kekosongannya dengan sesuatu yang memberi manfaat kepadaku. Entahlah, apa yang perlu aku buat. Kehidupan aku di kaherah sekarang berbeza dengan kehidupan di mansurah sebelum ini. Bumi mansurah yang bnyak memberikan aku pengalaman dan juga kenangan. Mungkin aku akan habiskan masa dengan bertalaqi di masjid al-azhar dan yang sewaktu dengannya, atau habiskan pengajian bahasa arab aku di markaz nil. Mungkin jugak meneruskan hobi aku, berjalan menikmati keindahan ciptaan illahi, kalau murah rezeki berjaulah hingga ke bumi Istanbul, mengikuti rombongan BSR PMRAM, tak pun setakat matruh dan siwa ja. Dan pilihan yang terakhir, menghabiskan cuti bersama keluarga tersayang di tanah air…

SELAMAT BERCUTI…..lakukan sesuatu yang bermanfaat buat diri anda dan mereka yg berada di sekeliling anda.

Wslm….

Kata-kata Hikmah

Newer Posts Older Posts Home